Monday, 26 October 2009

sujud sekejap sbb bersyukur dpt blog baru

assalamualaikum warahmatullah...

bersyukur pd allah sbb bg ak nyawa yg panjang utk lebih bnykkan masa beramal dan berdakwah. terima kasih kepada tunang ak yg hadiahkan blog ini pada ak. yang ak pasti segala yang bernama"makhluk"adalah ujian dariNya. contohnya duit itu makhluk berupa ujian dari allah. betul caranya kita belanjakan duit tersebut utk belanja kawan2 makan sebagai langkah awal utk pujuk ke masjid. sedang belanja kawan2 makan, gunakan masa itu utk ajak kawan2 ke masjid utk solat fardhu lebih2 lagi lelaki ak tekankan. sudah pujuk rayu utk sama2 ke masjid, hasilnya bergantung pada allah. tanggungjawab kita utk mengajak, bukan memaksa kerana hidayah milik allah sepenuhnya. duit itu makhluk berupa ujian dari allah. kerana berminat dgn design selipar yg cantik2, maka terus ikutkan nafsu utk beli meskipun koleksi di rumah masih ada. niat bagus sebagai persediaan jika selipar hilang. tapi kalau dah sampai 3 pasang sudah ada di rumah, duit sebagai ujian yg kecil pun kita gagal nak tempuh. panjang ak cerita tentang duit sebagai ujian.

biar ak bagi mukaddimah sikit. bahasa dlm blog ak ni sgt pasar sbb kalau ak guna ayat skema, agak makan masa. dan bila ak tak skema dlm gaya bahasa dlm penulisan, maka masa diambil utk habiskan satu entry sgt cepat dan ianya bergantung pada masa yg allah bg pada ak dan ilham yg diturunkan kepada ak dari allah. boleh faham ka? fokus ak berkongsi pengalaman hidup.Iman...amal...dakwah...sukaduka...dan ianya juga bergantung kepada tunang ak sama ada dia nak jadikan blog ak sebagai private atau sebagai tatapan umum.ak tak kesah, hidup ala kadar di dunia persinggahan. apa lagi sebagai mukaddimah?

emm...skrg pukul 6.09 petang. dah lama tak bersukan. biasanya petang2 ak joging, malam2 ak squash. biasalah, tgl 4 minggu sebelum intership sgtlah sibuk. ops ! don't u ever kata sibuk dgn dunia. ak sendri malu nak sebut. ak nak jalan2 bilik kawan buat huru-hara. kejap je....