Monday, 9 November 2009

4 sungai bertemu dihujungnya

assalamualaikum warahmatullah,

"dunia dicipta bukan utk manusia tp akhirat dicipta khusus utk manusia"

sampai skrg ak tak faham maksud sebenar ayat ringkas tu. tp apa yg ak faham, dunia adalah imtihan semata-mata kerana segalanya akan diadili olehNya di akhirat kerana syurga bg balasan baik sebaliknya neraka balasan buruk.

yazid, keluar je dari rumah, kita kena jaga pancaindera mata, mulut, akal dan telinga kerana rosak salah satu, hati turut rosak.

mulut (lidah), jgn cakap melainkan hak. memberi salam kepada semua org, mengajak manusia dekat pdNya, jgn bnyk bergurau sbb nanti akan bnyk ketawa.bnyk ketawa, lupa akan rahsia kedatangan mati.gelap hati, susah nak menangis depanNya. bnykkan baca quran dan zikir. paling penting istiqamah.

mata, tundukkan pandangan di kawasan umum. ramai muslimat solat berjemaah di masjid. walaupun mereka sempurna menutup aurat, pandangan mata kena jatuhkan. iblis bukan dilahirkan sewaktu dgn kita malah sebelum adam lagi. mereka jauh lebih bijak utk menjatuhkan manusia. klau syg kan iman, impikan syurga firdaus, nak masuk syurga tanpa hisab, perkara remeh mcm ni, sepatutnya bukan masalah.

telinga, jgn dgr lagu2 dunia. dgr lagu2 yg tinggi jasbah pd akhirat, muhasabah dan cinta pd baginda saw contohnya mcm lagu menanti di barzakh, persona dunia, pemergianmu, keheningan malam, meniti mimpi, munajat seorang hamba dan sebelum terlena. itukan lagu2 yg yazid suka nyanyi. dgr bnyk kali pun tak jemu.

akal, kerapkan utk fikir mcm mana nak ajak kawan2 ke masjid. klau yazid nak ajak mereka buat dakwah, itu mmg berat tapi sgt dituntut mengajak kerana ianya adalah fardhu ke atas manusia. yazid kan selalu lepas solat maghrib pergi bilik kawan2 nak ajak sama2 solat isyak. walaupun kadang2 kawan itu tak sedia dan tiada di bilik, jgn kecewa. hidayah kan milik allah sepenuhnya. Dia berhak memuliakan sesiapa yg dikehendakiNya. berhak mengundang tetamu yg mulia ke rumahNya. mulia kan org yg dijemput ke masjid? jgn terlalu fikirkan perkara2 remeh. blog yazid yg dulu pernah kata bahawa masalah utama kita umat manusia ialah bagaimana nak tarik azab kubur, dapat buku catatan dari bahagian kanan, lalu titian sirat sepantas kilat dan masuk syurga tanpa hisab. betul lah itu masalah utama kita. dan yazid pun pernah kata bahwa kalau masalah dunia pun tak boleh selesai, ini kan pula masalah akhirat yg jauh bezanya.

mulut, mata, telinga dan akal umpama 4 sungai di mana hujungnya akan bertemu antara satu sama lain. hujungnya itu lah hati. jernih dan bersih air sungai2 itu, baik juga hujungnya. tapi sekiranya salah satu kotor, hujungnya terkena tempias juga.