Thursday, 5 November 2009

ak letih

assalamualaikum warahmatullah,

letih, letih dan letih. seriously sampaikan ak kena tido gak lepas asar sampai magrib.tanpa bersihkan anggoa badan dan berwuduk, ak terus ke masjid utk solat berjemaah.sampai je masjid dah rakaat ke-3.tak pe lah, sekurang-kurangnya penat dan letih ak masih nak kejar kebesaran allah. letih ya allah...ak letih sgt. ak tak nak jd engineer sbb ak boleh rasa letihnya dikerah tenaga fizikal dan mental. tapi ak cuba utk minta yg terbaik dari allah utk diriku.

pagi td ak dah selesai present degree final project selama setahun kena siapkan. letihnya ak ya allah. istiqamah dlm ibadatku benar2 terganggu dan kadang2 ak gagal menjaga ibadat rutin. abdul rahman bin auf tertinggal satu rakaat solat fardhu sahaja pun baginda saw bersabda"kalau harta kau sebesar dunia sekalipun ianya tetap tak dapat menandingi ganjaran satu rakaat solat fardhu".inikan ak pula manusia serba kurang dan pastinya lemah.

sekarang segalanya sudah berakhir. hanya ada satu final exam paper yg wajib diduduki.itu pun ak tak nak fikir lg sbb ak letih dan nak rehat.

petang td kawan ak elie sem, seorang katolik kristian bagitau ak"kau satu2nya kawan ak yg jaga solat di masjid". ak sedih sbb org islam dlm rumah die seramai 6 org kurang menjaga waktu solat dan kadang2 tak solat. ak malu dgn sikap org islam mcm ni yg memberi persepsi negative pd org bukan islam. kadang2 ak ajak utk sama2 dekat dgn kebesaran allah dan pernahkah mereka terfikir siapa pula yg push ak utk taat pd perintah allah?