Friday, 13 November 2009

inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil alamin...

assalamualaikum warahmatullah,

satu malam ak tak tido kali ni sbb sedang print thesis utk dibukukan esok hari. rm70 utk 3 buku. mahal sungguh. rasanya ak org pertama yg akan menyiapkan kerja ini sbb kawan2 ak yg lain menangguhkan kerja. walhal ak mmg kejar masa utk balik rumah cepat2 utk ikut jemaah 40 hari. ak habis exam 19/11 dan ak akan cuba suruh adik amik ak dan barang2 yg bnyk ini pd 20/11 kerana 21/11 ak sudah berada di masjid seri petaling utk menjalankan tanggungjawab ak sebagai daei. belajar dakwah, bukan real dakwah pun. dakwah sebenar mcm para sahabat baginda saw, dihina, dipukul, dipulaukan, bergadai nyawa, menjandakan isteri, meyatimkan anak2. gilapkan semula iman yg kerap tersungkur tetapi tidak akan mengalah begitu saja. tahu apa yg paling indah di syurga? mmg di syurga segalanya indah tapi keindahan sebenar bila dapat tatap wajahNya. itu kemuncak keindahan syurga dan ianya bukan semudah yg disangka. mujahadah di dunia dan pengorbanan diri, masa dan harta perlu dilaksanakan sebagaimana yg dilakukan oleh saidatina khadijah. seorang hartawan dan saat kematiaannya, kain kafan pun tak dapat nak disediakan. itu contoh yg paling susah nak jumpa dlm realiti manusia hari ini.

dlm menghadap liku2 hidup, seorang daei kena kuat dan tabah. kita kena igt, ketenangan dan ketenteraman akan diperoleh bukan melalui dunia tetapi melalui amal ibadat dan dakwah. tahukah kamu bahawa hanya dgn solat yg di awal waktu, berwuduk dgn sempurna, berada di saff pertama...impaknya dapat mengubah corak kehidupan manusia. pandangan mata hanya tertumpu di tempat sujud, lahirkan sifat hina ketika solat dan rendah diri, mendayukan bacaan dlm solat akan mendatangkan rasa takut pdNya seterusnya mudah utk menangis...itu semua solat yg berkualiti. mmg ak akui sukar tetapi jika hati tgh lunak...kamu akan rasakan betapa allah itu sgt hampir dgn kamu. perasaan cinta melebihi segalanya. rindu pula utk bertemu dgnNya pada solat fardhu seterusnya. inilah yg dikatakan terkesan dgn kebesaran allah ! bila terkesan dgn kebesaran allah, walau bagaimana hebat dugaan dunia yg datang, hak allah adalah keutamaan yg perlu dijaga. kadang2 kita dapat hakikat mcm ni tapi sgt jarang kan? sbb hati kita masih kotor dgn sifat2 mazmumah. berdakwah kerana mahu dilihat soleh dan popular...hati perlu dijaga kawan2. hari2 kena menangis pd allah kerana kita sentiasa menzalimi diri sendiri (laailaha illaanta subhanakainni kuntu minazzolimin). solatlah dgn penuh tawajuh kerana solat mampu mengubah kehidupan manusia.

-sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya kerana allah-