Monday, 9 November 2009

sebelum tidur

assalamualaikum warahmatullah,

yazid, hidup kita tak lama. apa yg kita ada, hanya sementara. apa yg kita telah rancang, belum tentu sama dgn kehendak allah. dosa kita menggunung, tak ada siapa boleh jamin allah telah maafkan kita. nikmat allah pinjamkan utk kita, bnyk sudah kita salah guna. dosa kita pd kawan2, tak tunaikan hak mereka, igt kan mereka akhirat destinasi sebenar. dosa pd mak dan ayah...kadang2 mereka kecik hati dgn kita tp mereka sembunyikan. dulu, masa kita kecik2, mak selalu kena marah dgn abah dlm bilik sbb tak jaga kita elok2. kesian mak. bila kita dah besar, dah belajar kat universiti, kita rasa kita ni hebat. kita lupa abah pun lelaki. ada ego sendiri. nanti bila dah habis belajar, jgn ikut kawan2 yg kejar dunia. cari kawan yg biar pun kurang pandai, kerjaya kurang hebat tp agama maksud hidup mereka. tanggungjawab sebagai anak, abg, suami, ayah terutamanya daie, jgn abaikan. jgn terkesan dgn hasutan syaitan. kesian kan iman sendiri. dah la susah nak jg, nak rosakkan sekelip mata je. igt tu yazid, kena push diri utk beramal.