Sunday, 25 April 2010

Kenangan di zaman muda

Assalamualaikum Warahmatullah,

Adalah lebih baik berdiam diri daripada berkata hal yg sia-sia di sisiNya. Kebiasaan rutinku di pagi hari ahad ak akan mengemas bilik, lap habuk-habuk, vacum lantai dan mengemas fail-fail yg berselerak di atas meja. Tapi sedang ak mengemas laci perabut bilik, ak terlihat gambar-gambar sewaktu ak muda. Apabila imbas kembali zaman dahulu, kadang-kadang buatkan ak ketawa kecil. Budak baru nak kenal dunia. Zaman hingusan kurang kenal maksud hidup sebenar iaitu dakwah illallah.

Gambar di atas ak bersama Ibnu Khaldun. Ibnu adalah pelajar paling cemerlang dalam aspek akademik. Kali terakhir ak ak dengar dia buat persediaan utk ke jerman tapi akhirnya terkandas juga dan kini belajar di malaysia sahaja. Dia pernah tanya ak,"ko ambil course apa yazid?". Dan ak jawap,"mechanical engineering". Kemudian die sambung lagi,"ak tak sanggup nak belajar mechanical di jerman atau di malaysia sbb ak tau course tu mmg susah. Ak nak ambil civil je". Pada ak semua course ada sahaja cabaran masing-masing. Jika kita menjaga hubungan denganNya, nescaya Dia pelihara kehidupan dunia kita. Gambar di atas diambil ketika program easy-math. Memang sangat popular di malaysia ak agak cumanya ak tak ambil bahagian.
Gambar di atas ini pula ketika majlis perpisahan utk pelajar tingkatan 5. Kiri dari belakang ialah ibnu khaldun dan adam. Di kanan ak ialah arbain dan kiri ak pula ialah ramzi. Arbain adalah satu-satunya sahabat dunia ak. Dia yg selalu bantu ak (sebenarnya ak paksa) jika ak menjejakkan kaki di KL. Dan ak hanya berada di KL atas tujuan bayan hidayat di masjid sri petaling. Arbain org yg sgt baik. Akhlaknya lebih baik dari ak berdasarkan penilaian ak yg sungguh dhaif. Insyaallah, ak akan tunjukkan jalan baginya utk dapatkan isteri berpurdah.
Seterusnya ialah gambar di petro sains bagi persatuan penjana rohani sahsiah (PRS). Ak (ketua biro kerohanian) dan arbain (pengerusi PRS). Arbain ada sifat kepimpinan yg sgt tinggi dan tawaduk orgnya. Ibubapanya telah meninggal dunia ketika zaman sekolah menengah dan natijahnya tarbiah dari Allah yg maha hebat membuatkan dia hebat juga dlm akhlaknya.
Ini pula zaman matrikulasi. Kelas ak buat jamuan perpisahan di air terjun termasuklah kaum hawa yg mandi-manda di bahagian sebelah. Jika di ukur pd aspek akademik, ak lah yg paling teruk di kalangan pelajar lelaki di zaman matrikulasi. Ak kurang suka zaman tersebut mungkin sbb terlalu bnyk kenangan pahit pd ak.
hakimin (berbaju putih) pelajar bijak juga kaki masjid yg kini ambil bachelor degree of mechanical automotif bersama ak di UMP. Dia ada sifat setia kawan. Di zaman ini juga seorang kawan pernah hadiahkan ak lagu"untukmu teman"dari brothers. Dan di zaman matrikulasi inilah juga Allah kenalkan ak dgn seorang gadis yg ak sendiri tak pernah jangka akhirnya die menjadi seorang naqibah. Perempuan yg solehah selayaknya utk lelaki yg soleh.
Ini pula, ak tak ingat pada ak usia berapa tahun. Lihat dari wajah pun masih kurang matang. Itulah akk (halizah) dan juga adik (zahid) ak. Tapi yg membuatkan ak benar-benar yakin ialah itulah kali terakhir ak pkai songkok. Lebih baik masyarakat mengenali ak sebagai seorang muslim daripada seorang berbangsa melayu.
Adik kecil yg ak peluk ialah ika (sepupu). Tapi sekarang sudah sekolah darjah 6 sementara akknya pula tingkatan 3 kalau ak tak silap. Ibu mereka satu-satunya bertudung labuh bulat di kalangan adik beradiknya. Ak nak tanya apa punca ibunya ada keinginan bertudung labuh tapi insyaallah ak akan mendapatkan jawapan satu hari nanti.
Tolong jangan pelik melihat gambar di atas. Ini memang kelas pelajar bukannya kelas sampah. Sebenarnya begini, skolah ak telah membuat penilaian apa akibatnya jika diasingkan kelas antara pelajar lelaki dan perempuan. Aliran sains tulen, 1 kelas lelaki dan 3 kelas perempuan ketika kami semua tingkatan 5. Dan akibatnya sungguh mengagumkan ramai ustaz dan ustazah. Selepas makan tengah hari, kami (pelajar lelaki) akan tutup tingkap luar dan kami semua akan tidur beramai-ramai. Sebelum menunggu azan asar segelintir pelajar lelaki akan membuat latihan badminton di bahagian belakang. Ak rasa, itulah zaman keseronokan. Yang seronoknya, ketiga-tiga kelas pelajar perempuan terpaksa melalui hadapan kelas kami utk pergi ke bilik guru atau ke lab-lab kerana melalui di hadapan kelas 5 aflah (kelas pelajar lelaki) adalah shortcut. Jadinya kebanyakan pelajar lelaki bersorak bersungguh-sungguh utk mengganggu perempuan2 tersebut sehinggakan begitu ramai pelajar perempuan yg akhirnya sanggup melalui jalan jauh semata-mata utk sampai ke destinasi. Dalam sejarah sekolah, itulah kali pertama ditubuhkan kelas berasingan dan tahun itu jugalah perancangan itu dibubarkan sehingga kini. Tahniah kaum adam !

Inilah ak...
Gambar terakhir ialah kami sekeluarga sedang menunggu bus utk balik ke muar. Kami sekeluarga bukan lah org yg hidup mewah tapi alhmdulillah insyaallah rezeki kami berkat. Rezeki yg sedikit mencukupi jika lebih tak membazir. Pada ketika ini, ayah baru sahaja pulang dari bosnia atas urusan keamanan sejagat. Ayah ak seorang tentera dan kami adik beradik dididik dengan sungguh tegas terutamanya ak yg paling nakal. Terlalu bnyk kenangan pahit antaranya ialah ak pernah ditumbuk di perut oleh ayah ketika ak darjah 4 sebab bawa mainan ke sekolah, pernah tak boleh tido malam kerana tak fasih membaca pada usia 6 tahun, pernah di jemur di luar rumah dgn panas terik di waktu tengah hari kerana ponteng skolah tadika walaupun ketika itu ak tak sengaja dan kerap juga tak boleh masuk rumah waktu maghrib sbb terlalu asyik bermain guli bersama kawan2 sepermainan. Ak pandang positif semua kenangan tersebut dan ak akan sampaikan pd anak2 ak akan datang walaupun mungkin mereka bukan seperti ayahnya di zaman muda penuh dgn duniawi.

MEMANG BENAR KEHIDUPAN DUNIA ADALAH SENDA GURAU DAN DUNIA ITU SENTIASA MENIPU