assalamualaikum warahmatullah...
Seperti yg ak janjikan, mahu kongsikan tip2 nak buat ibadat tahajud di 1/3 pagi. Tahajud adalah rahsia kita dgnNya. Bersembang mengadu suka dan duka hanya pd Allah. Biar kita pendiam kerana khuatir dimurkaiNya kerana berkata yg sia2 tetapi peramah berkongsi segala yg kita alami pdNya. Sungguh indah kalau sepertiga pagi tersebut dihiasi dgn tangisan. Menghidupkan suasana pagi. Setitis air mata kerana Allah dapat memadamkan seluruh api neraka tahu? Ya Allah...beruntungnya insan yg Kau pilih untuk berbicara dgnnya. Lebih beruntung pd insan yg Allah pilih utk SETIAP pagi bersamaNya.
- Pertamanya, kekuatan ibadat tahajud bergantung pd adab tido yg ak kongsikan pd entry sebelum ni lebih2 lagi zikir fatimah !
- Sebaik-baiknya elakkan dari mengunci alarm utk bgn tahajud kerana kita nak Allah kejutkan kita tanpa perantara makhluk lain. Tapi tak jadi masalah jika kita baru2 nak belajar bgn tahajud. Sgt dialu-alukan utk belajar ye. Allah suka.
- Bila dah bgn, baca doa bangun tido"alhamdulillahillazi ahyanabakdama amatanawailaihinnusyur".
- Pergi ke tandas utk ambil wuduk secara diam2 pergerakan seolah-olah seperti pencuri. Jgn bising2 apatah lagi utk beri tahu org lain bahawa kita nak buat tahajud.
- Pkai pakaian yg bersih dan wangian.
- Cahaya biar samar2 lebih kepada gelap. MasyaAllah...ada suasana. Klau abg ak buat tahajud, dia buka tingkap luar bagi udara segar masuk, lampu bilik tertutup gelap dan pintu bilik di buka sedikit utk cahaya luar masuk sedikit.
- Mulakan dgn solat sunat taubat. Sujud terakhir lama2 doa betul2. Habis solat taubat, mengadu pd Allah dosa2 silam kita. Lagi cantik klau dapat menangis. Kemudian solat tahajud. Fungsi solat sunat tu utk minta hidayah dari Allah utk saudara2 seislam kita termasuk ibubapa dan adik-bradik utk lebih hampir dgn Allah. Sujud terakhir biar lama2 doa sungguh2. Kemudian di susuli dgn solat solat istiharah pula. Inilah dia guide dari Allah dlm kehidupan kita. Natijahnya kita tak akan menyesal dgn ketentuanNya dgn izin Allah juga. Sujud terakhir doa sungguh2. Solat hajat pula mintalah mengikut keperluan dan kehendak masing2. Cumanya perlu diingatkan, minta akhirat lebih dari dunia. Nabi saw ajar minta syurga firdaus. Sgt penting. Penutup bagi ibadat tahajud, solat witir. Minimum 1 rakaat. Mengikut pengalaman abg ak sendiri, kepenatan maksimum dia dlm 24jam ialah ketika menyempurnakan ibadat tahajud. Boleh ambil masa 2 jam. Tapi disebabkan dia selalu igtkan itu adalah perintah Allah bagi mereka yg yakin dgn janji allah, maka dia susahkan diri kerana ibadat sunat. Dia telah mewajibkan ibadat tahajud utk seumur hidupnya.
- Selesai semua itu, tido lah sekejap utk menjana seketika kekuatan utk solat subuh di masjid (kewajipan bagi mereka yg mengaku sebagai lelaki sejati. innama yakmuru masajidallahiman amanabillahi yaumul akhir).
jadilah seperti saidina omar, di siang hari umpama singa yg garang tetapi umpama tikus yg kerdil di malam hari di hadapan Allah.