Assalamualaikum Warahmatullah,
Solat berjemaah di awal waktu di tempat azan dilaungkan beserta takbiratul ula. Gambar di atas ialah suasana masjid di taman perumahan ak ketika solat Maghrib. Kita sama-sama boleh lihat hanya 1 1/2 saff sahaja insan terpilih. Allah telah memuliakan insan-insan ini dengan menjemput tetamu-tetamu tersebut datang ke rumahNya. Setelah selesai solat Maghrib, ak akan pulang ke rumah utk membaca hadith2 nabi saw dan membaca Quran. Inilah antara rutinku seharian. Sebelum ini ak akan membaca dengan keluarga di sertai mak,adik dan kakak di ruang tamu. Tapi sekarang ak hanya baca berseorangan diri di bilik. Adakalanya ibu, kakak atau adik akan ke bilikku untuk bersama-sama mendengar bacaan hadith. Rumah-rumah yang hidup dengan amal ibadat dan bacaan hadith, cahaya dari rumah tersebut dapat dilihat oleh penghuni langit dan para malaikat berbondong-bondong sehingga ke arash Allah taala dan mereka memohon kepadaNya agar penghuni rumah tersebut diampunkan dosa mereka. Inilah juga yg dikatakan majlis kifarah. Mari kita lihat, apa yg ak baca kali ini.
Hazrat Abu Darda' radiallahuanhu berkata,"Aku mendengar Rasullullah saw bersabda,"Beribadahlah kepada Allah seolah-olah Dia berada di hadapan kamu dan kamu sedang melihatNya. Anggaplah diri kamu di kalangan mereka yang telah mati (jangan sekali-kali menganggap diri kamu di kalangan orang yg hidup maka dengan itu kamu tidak akan bergembira atau bersedih kerana sesuatu sebab, peliharalah diri kamu daripada dosa yg tidak baik daripada orang...
...yang dizalimi dan sesiapa antara kamu yang mampu menunaikan solat isyak dan subuh secara berjemaah tunaikanlah walaupun kamu terpaksa merangkak untuk mengerjakan solat tersebut".