Sunday, 18 April 2010

Taalim rumah

5 amal masjid Nabawi utk diamalkan setiap hari dan salah satunya ialah bacaan taalim
(bacaan hadith) di rumah dan di masjid.
Seorang wali Allah, hazrat Salim Haddad rahmatullah apabila mendengar azan, wajahnya berubah menjadi pucat, keadaannya mulai gelisah. Beliau bangun meninggalkan kedainya dalam keadaan terbuka sambil membaca syair:

Apabila muazinMu mula mengumandangkan azan,
Segera ak bangun menyahut seruan Allah yang maha besar,
Tiada yg selain daripadanya,
Ak menyahut apabila diseru dengan penuh taat,
Dengan riang ku sahut, ak hadir wahai yang maha mulia,
Wajahku menjadi pucat kerana takut dan gerun,
Untuk bersamaNya ak mengalihkan pandangan daripada segala-gala yg lain,
Demi keranaMu ak bersumpah bahawa tiada yg lebih lazat daripada menyebut namaMu,
Dan mulutku ini tidak pernah berasa manis jika menyebut selain daripadaMu,
Bilakah masanya yg akan menemukan ak denganMu?
Seseorang kekasih hanya bergembira apabila berada bersama dengan yg dikasihinya,
Dia yg matanya telah melihat nur kecantikanMu,
Tidak akan dapat dihiburkan, dia pasti mati kerana merindukanMu.