Monday, 15 November 2010

bawa agama dlm kehidupan

Assalamualaikum warahmatullah,

Dah sekian lama tak coretkan sesuatu yg berguna dlm blog utk dikongsikan. Bnyk hal nak cite tp tak semua hal boleh di kongsikan. Antara ak dan allah. Semoga asbab dakwah, allah tak tiraikan aib ak di padang mashsyar nanti. Naik turun iman, malu dgn allah bila tak jaga amal. Malu sgt2 sampaikan berani utk tak menangis mengaku kesilapan depan pencipta sendiri. Hamba yg zalim pada Tuannya !

Purata kehidupan 60-70 tahun yg tiada jaminan berkat dari allah utk sara kehidupan akhirat yg tiada penghujungnya....mampu ke? Adakah berkat kehidupan dunia ak? Adakah ak sudah amalkan sunnah nabi saw dlm kehidupan?

Selalu ak fikirkan jika suatu hari nanti keperluan dunia menyebabkan ak tak mampu jg amal. Oleh kerana terlalu sibuk, ak lebih yakin selain allah utk menyempurnakan keperluan ak. Lebih yakin dgn belajar bersungguh-sungguh sehingga penat lalu tak mampu jg amal lebih berjaya berbanding beritahu allah bahawa ak sudah ikhtiar, kejayaan atau kegagalan akan datang, terpulang pd allah. Menggunakan alasan menuntut ilmu utk melepaskan diri utk dari menjg amal. Bila keyakinan yg rosak mcm ni berterusan, alamat nahas ak di alam barzakh nanti.

Abg hafiz, senior ak dlm jemaah nasihatkan berkata, "tak kesah apa keperluan kamu satu hari nanti, walau sibuk mcm mane sekalipun, yg pentingnya bagaimana kamu nak amalkan agama dlm kehidupan." Semua org tahu tapi tak ramai yg faham termasuk ak. Apabila azan sedang dilaungkan, apakah perintah allah ketika tu? apakah yg lebih besar selain daripada menyahut seruan allah? Ketika masuk tandas, kenapa masuk guna kaki kanan? Kenapa disyariatkan dlm tandas pun letak tuala atas kepala? Selepas/Sebelum amik wuduk pun tak baca doa. Makan kat umah pun di meja walhal sepatutnya di lantai. Tak segan makan/minum sambil berdiri apatah lagi di khalayak ramai. Nak tido pun tak amik wuduk. Nak pakai serban ketika solat pun bnyk alasan. Ade beza antara kehidupan islam dan bukan islam. Natijah sunnah itu sendiri membezakan kita dgn agama lain. Itu semua rutin harian manusia biasa, malah bnyk lagi. Oleh kerana kecundang sementara mendidik nafsu, sunnah letak kemas2 di tepi. Lebih yakin ada yg lebih besar dari sunnah nabi saw. Keyakinan adalah iman. Iman sepertimana yg allah mahu, bukan iman yg dicorak mengikut citarasa manusia ! "Segan nak pakai kayu sugi, nampak kolot. Pkai berus gigi lagi yakin bersih." Boleh pkai berus gigi, lepas tu pkai kayu sugi skadar syarat. Seorang muslim akan tewas buat selamanya jika perlekehkan sunnah. Semoga allah pelihara saya dan kamu...