Thursday, 16 December 2010

berehat di rumah

Assalamualaikum warahmatullah…

Skrg adalah cuti semester dan semester yg baru akan bermula pd 3 januari 2011. Ak hanya menghabiskan waktu cuti di rumah. Rasa terkilan dan berdosa besar pd Allah kerana ak tak berusaha utk ikut jemaah seperti mana rutin ak pd setiap cuti2 semester yg lepas. Menunaikan hak saudara seislam secara berjemaah dan belajar2 utk semakin mengamalkan agama dlm kehidupan. Nisab utk ak ikut jemaah 40 hari mmg tak cukup memandangkan cuti hanya sebulan dan ahli syura johor bahru telah tetapkan pelajar2 hanya boleh ikut jemaah 14 hari dan tak lebih dari tu. Tu pun buat ak tertekan sbb ak nak cukupkan nilai 40 hari tapi akibat yg buruk jika seseorang itu melanggar tertib. Begitu juga tertib utk solat subuh ialah 2 rakaat. Allah tetapkan nilai tersebut dan kita selaku hamba utk wajib taat. Jika kita nak juga lakukan solat subuh dgn 5 rakaat sebagai contoh, maka solat kita tak sah walau hebat mana sekalipun khusyuk kita. Tertib adalah tertib. Ada ganjaran di sebalik patuh pd tertib dan ada keburukan di sebalik melanggar tertib.

Sepanjang semester 1 di utm, ak bertungkus lumus utk mencapai target yang maksimum tambahan pula bersaing dengan pelajar2 yg bijak. Kualiti kejuruteraan mekanikal di universiti tersebut telah diakui umum, malah bnyk industri yg inginkan pelajar2 utm sebagai staff mereka sendiri, dihiasi pula dengan pensyarah2 yg hebat dari aspek pengalaman industri dan kajian dan sebagai buktinya begitu ramai pelajar dari negara luar yg mengikuti pengajian di sini bermula dari peringkat di ijazah sarjana. Waktu makan tak menentu dan pernah juga terlupa utk makan dlm sehari. Ak menuntut ilmu kerana Allah dan ak cuba utk menjaga amal ibadat harian. Ak cuba menunaikan hak saudara utk berdakwah setiap selepas solat maghrib. Sebagai pelajar, menuntut ilmu mmg yg pertama tetapi dakwah bukan yg kedua. Pada mendapat ak yg dhaif, sibuk seorang pelajar adalah bergantung sebagaimana bijaknya dia merancang dan membahagikan masa. Ada masa utk ziarah kawan2, utk bersama keluarga, masa utk bersukan dan masa yg digunakan utk perkara2 yg menurut kehendak Allah. Walaupun ada kalanya ak sendiri gagal disebabkan mengisi masa rehat dgn menonton film di laptop. “Demi masa, sesungguhnya manusia sentiasa berada dlm kerugian melainkan org2 yg beriman dan beramal soleh”. Mujahadahnya ak menghadapi liku2 test dan exam walaupun hanya 5 subjek yg ak ambil. Adakah susah di peringkat sarjana? Semakin lama kita menghadapi peringkat pembelajaran dari upsr, pmr, spm, matrikulasi, ijazah sarjana dan seterusnya, semakin perlunya disiplin dlm pembelajaran dan usaha yg bnyk serta gigih. Dan paling penting pada ak ialah dakwah, quran, ibadat sunat dan tahajud (terapi) wajib seiring. Menerusi perantaraan amal ibadat, kita dengan mudah menarik khazanah Allah yg maha luas.

Kau tak akan menyesal dan bersedih hati apabila gagal walaupun kau telah berusaha sebaik mungkin. Kau sudah ikhtiar sebagaimana kehendak Allah utk mencapai keperluan dunia dan nikmat akhirat. Allah tetap ambil kira dengan ikhtiar tersebut. Selalu ak igtkan pd diri yg selalu lemah, usaha adalah dari insan sementara kejayaan atau kegagalan akan datang itu adalah dari Allah. Utk perkara dunia, usaha yg kita cipta langsung tiada kaitan dengan kejayaan atau kegagalan yg akan diberi oleh Allah.

Dengan perantaraan amal, kau tak akan bangga dgn pencapaian dunia yg sementara. Harta, pangkat dan keturunan hanya utk selama kita hidup di dunia sekitar 60-70 tahun sahaja. Ianya tak kekal utk dibawa ke akhirat. Cuma allah tetap akan hisab dengan segala yg kita pinjamkan dari Allah. Bagaimana ak menggunakan kereta utk semakin taat pd Allah, bagaimana ak gunakan duit utk agama Allah, bagaimana ak gunakan level master utk tarik manusia bersama-sama melakukan dakwah dan sebagainya. Kembangkan fikiran kita utk keluar dari kesempitan dunia yg sementara kepada akhirat yg tiada penghujungnya.

Keputusan peperiksaan sudah dipapirkan di papan kenyataan di fakulti. Dalam kelas aku ada 6 org pelajar local dan yg lain dari iran, Nigeria dan india. Ak dapat 3.4, wan 3.5, fara 3.7, zul 3.9 dan lagi 2 org sudah diberhentikan dari pengajian sbb keputusan peperiksaan yg tidak menepati kretiria university. Bila ak berehat di rumah skrg, rasa benar2 nak berehat.