Thursday, 30 December 2010

merancang masa depan

assalamualaikum warahmatullah,

Subuh yg sejuk diselaputi dgn embun2 pagi tetapi memaksa juga utk ak mandi ketika itu utk mengangkat hadas besar dan menyahut seruan Allah di masjid. Hanya satu saff di masjid? Itulah tetamu2 kehormat yg dimuliakan Allah pd ketika itu. Ak pernah terbaca dlm keterangan hadith kenapa terdapat sebahagian hadith mengatakan 25 atau 27 pahala jika bersolat di masjid. Antara sebabnya ialah 27 pahala utk solat subuh dan isyak kerana waktu tersebut merupakan dugaan utk menunaikan solat secara berjemaah. Pada waktu subuh kebanyakan manusia masih dibuai mimpi atau terlambat sedikit bangun dari tidur kerana mungkin keletihan bekerja di siang hari dan pada waktu isyak mungkin kerana sikap sebahagian lelaki yg menggunakan waktu tersebut utk meluangkan masa bersama keluarga. Selepas solat subuh ak terus ke 7 eleven utk beli roti dan tuna oleh kerana perut ak di awal pagi sudah lapar. Ak sangat jarang sarapan pagi.

Saat2 akhir ak bercuti di rumah, ak mula memikirkan soal masa depan utk merancang sahaja. Minggu lepas ak bersama rais, razi dan afiq. Kami menonton wayang bersama. Mereka merupakan rakan sekelas di UMP dahulu dan kini masing2 telah bekerja. Masing2 memiliki KIA FORTE, VIVA dan PERSONA. Sibra dan jeff pula memiliki HONDA CITY dan PERSONA. Ak monolog sendiri, perlu ke mereka memiliki kereta yg agak mahal sedangkan baru bekerja di sektor swasta? Umumnya, fresh engineer gaji tak besar pun. Ak reflect pula dgn keadaan ak. Ak pakai kancil milik ayah. Khabarnya nak jual dgn harga rm2000 utk buat duit muka beli storm. Dari situ mungkin peluang utk ak beli sahaja dari ayah dan scara tak langsung akan cover utk tampung perkara2 yg lebih memerlukan pd masa akan datang. Mungkin kancil kurang mampu utk perjalanan jauh seperti ke shah alam tp apa salahnya sebagai permulaan selepas berumah tangga pinjam kereta isteri utk pergi ke rumah mertua. Agak2 setahun dua selepas berumah tangga, mungkin ak boleh kenal pasti di mana kewangan sepatutnya disalurkan dan mungkin boleh beli kereta baru yg boleh digunakan utk jarak jauh perjalanan. Kena bijak merancang soal kewangan agar tidak membebankan org lain. Bak kata rais minggu lepas, duit bnyk, nafsu pun besar. Dan ak nak menambah, ianya bergantung pd kewarasan nafsu tersebut. Baru2 ni pun ak gatal nak beli bola squash baru walhal ade 2 biji yg masih boleh digunakan. Bukan apa…utk simpanan je. Lain kali klau meletup bola tu dek tgn2 yg hayun raket tak igt dahsyat neraka, kan dah memudahkan kerja ak ade simpanan kan? Tp ak tak beli lagi pun.

Ak tak berapa pasti kos kasar utk pernikahan dari mula hingga selesai majlis. Kwn ak kata 5 ribu dah memadai tanpa menitik beratkan adat melayu. Tersenyumlah ak seketika sbb boleh la sgt disegerakan tetapi masalahnya siapa yg akan terima ditolaknya adat melayu?utk menjelaskan hal ni,ak kena berdepan dgn keluarga pihak perempuan dan keluarga ak sendiri. Ak tak percaya dengan kos 5 ribu semua org akan setuju. Kwn ak menambah, kos boleh meningkat dgn meraikan tetamu. Cinta dari hati, bukan atas dasar kasihan. Buat keputusan elok2 sebelum memilih siapa bakal suami sbb die yg akan membimbing kamu dan anak2 di dunia. Dan apabila kamu melihat si suami, kamu akan igt pdNya. Adakah apabila sekarang kamu melihat die, kamu terigt pd Allah? semak semula perasaan kamu pd bakal suami kamu. Semakin mudah pula utk kamu taat pd perintah allah kerana asbabnya suami kamu sendiri. Kamu akan meniru segala perbuatan si suami kerana die adalah model idaman pilihan kamu. Ingatlah, balasan ke atas pengorbanan kamu yg mulia selama ni allah tetap ambil kira. Yakin !!! perempuan yg solehah pasti dapat suami yg soleh.

Sekarang adalah kemuncak entry blog kali ini. Mungkin ak akan habis master di hujung akhir tahun 2012. Kemudian ak akan ikut jemaah 4 bulan. Ak kena bersiap-siap dgn asbab kewangan utk ke india dan Bangladesh. Setibanya ak di malaysia:

1. Ak akan buat permohonan di UMP utk sambung Phd. Mengikat kontrak selama 3 tahun dan jika allah izinkan ak akan terus diserapkan menjd pensyarah di situ. Ak dibenarkan ambil cuti 3 tahun hanya kerana cuti untuk belajar. Ini impian dunia ak. Selama ak belajar, ak akan terima biasiswa setiap bulan. Biasiswa yg ak terima setiap bulan ak akan simpan utk segerakan pernikahan. Target ak kurang daripada 2 tahun. Maksudnya ketika ak berumur 26 tahun, ak dah bersedia bernikah.

2. Jika rancangan pertama tak menjd, ak cuba memohon biasiswa kerajaan. Dari email yg ak dapat baru2 ni, elaun setiap bulan ialah 2 ribu. 2 ribu je??? Mcm tak cukup je…tp insyaallah ak kena gandakan usaha berjimat cermat dan cari inisiatif lain kerja part time.

3. Walaupun berat utk ak sebut perancangan yg satu ni…ak kuburkan niat utk sambung belajar di peringkat phd sampai bila2 oleh kerana ak akan bekerja di industri. Ak tahu komitmen dan kemampuan ak. Sekali ak libatkan diri dlm industri bererti selamat tgl impian dunia ak. Ak cuba utk ikhlas dan betulkan niat utk perkara ni. Pd ak option yg terakhir ni adalah paling mudah. Bila2 masa ak boleh dapatkan cuma ak lebih melihat keburukan dari kebaikan berdasarkan pengalaman kwn2 dan pengalaman ak ketika praktikal dahulu. Masuk kerja pagi mcm biasa, balik lepas magrib. Hari2 menghadap kerja yg sama. Hari2 dgn wajah stress melebihi risaunya jika allah meletakkan kita di neraka. Gaji boleh tggi tapi kena kerja lebih masa. Salah satu sbb kenapa ak belajar tggi2 supaya ak dibayar berdasarkan background of study. Bila mana waktu yg lebih diambil untuk bekerja, scara tak langsung mengurangkan masa utk waktu yg sepatutnya kita baca quran, ibadat2 sunat dan masa berdakwah. Ak faham, mana2 tempat kerja ada stress, tapi jgn lupa kita yg memilih utk mencorakkan kehidupan dunia dan akhirat.

Bagaimana pula dgn tempat tinggal selepas bernikah? Utk hal ini, ak lebih utamakan jarak tempat kerja isteri dgn rumah. Alasan ak mudah, die seorang thabib dan bukan tangungjawab die utk mencari nafkah. Ak tak nak bebankan die. Untuk permulaan, die yg telah mengikat kontrak dgn hospital kerajaan mungkin kerajaan menyediakan kediaman. Mungkin kami boleh tinggal di situ buat sementara waktu sebelum merancang membuat keputusan mukmatad utk membeli rumah kekal. Ak pun tak berapa pasti adakah bakal isteri ak akan sentiasa berpindah-randah oleh sbb kerjaya yg die sendiri pilih. Akan tetapi ak mencadangkan agar die bijak memilih utk jangka masa panjang dan lebih memikirkan suami dan anak2. Tetapi jika kami terpaksa berpindah-randah demi kebaikan bersama oleh kerana situasi kerja yg terlalu membebankan die, ak redha sbb die lebih bijak membuat keputusan berbanding ak. Ak akui kelemahan ak. Ak meletakkan syarat lokasi utk mencari tempat tinggal. Ak lebih utk memilih di sekitar johor bahru. Alasannya terlalu bnyk. Ak anak lelaki sulong dan tanggungjawab ak sgt besar utk menjg mak dan abah. Ak lebih utk menjaga mak sbb abah ade isteri lain dan ak tak boleh tglkan mak berseorangan di rumah. Konflik keluarga dgn abah itu lebih merisaukan ak terhadap mak. Itu ak tak boleh kongsikan di sini. Perlu difahami, abg Irwin bertanggungjawab besar terhadap keluarga pihak perempuan memandangkan die anak lelaki sulong. Harapan ak agar die tahu perkara ni. Walaupun demikian, tak bermakna ak akan terus abaikan keluarga mertua. Ak pun manusia, ade perasaan, boleh dibawa berbincang elok2. Seperti mana rapatnya mak dgn along, mcm tu juga rapatnya bakal isteri ak dgn ibunya.

Sebagai penutup bagi entry kali ini, apa yg paling menarik ak telah lakukan utk mnghiasi iman sepanjang cuti sebulan? Ak menghafal dan mengamalkan doa2 masnun (doa harian). Doa2 yg mudah seperti doa memakai baju, menyikat rambut, melihat cermin, keluar dari rumah dan lain2. Sgt menarik pd ak sbb ia berkait dgn doa sebelum melakukan sesuatu perbuatan agar ak ingat pd allah sepanjang masa.