Thursday, 30 December 2010
merancang masa depan
Subuh yg sejuk diselaputi dgn embun2 pagi tetapi memaksa juga utk ak mandi ketika itu utk mengangkat hadas besar dan menyahut seruan Allah di masjid. Hanya satu saff di masjid? Itulah tetamu2 kehormat yg dimuliakan Allah pd ketika itu. Ak pernah terbaca dlm keterangan hadith kenapa terdapat sebahagian hadith mengatakan 25 atau 27 pahala jika bersolat di masjid. Antara sebabnya ialah 27 pahala utk solat subuh dan isyak kerana waktu tersebut merupakan dugaan utk menunaikan solat secara berjemaah. Pada waktu subuh kebanyakan manusia masih dibuai mimpi atau terlambat sedikit bangun dari tidur kerana mungkin keletihan bekerja di siang hari dan pada waktu isyak mungkin kerana sikap sebahagian lelaki yg menggunakan waktu tersebut utk meluangkan masa bersama keluarga. Selepas solat subuh ak terus ke 7 eleven utk beli roti dan tuna oleh kerana perut ak di awal pagi sudah lapar. Ak sangat jarang sarapan pagi.
Saat2 akhir ak bercuti di rumah, ak mula memikirkan soal masa depan utk merancang sahaja. Minggu lepas ak bersama rais, razi dan afiq. Kami menonton wayang bersama. Mereka merupakan rakan sekelas di UMP dahulu dan kini masing2 telah bekerja. Masing2 memiliki KIA FORTE, VIVA dan PERSONA. Sibra dan jeff pula memiliki HONDA CITY dan PERSONA. Ak monolog sendiri, perlu ke mereka memiliki kereta yg agak mahal sedangkan baru bekerja di sektor swasta? Umumnya, fresh engineer gaji tak besar pun. Ak reflect pula dgn keadaan ak. Ak pakai kancil milik ayah. Khabarnya nak jual dgn harga rm2000 utk buat duit muka beli storm. Dari situ mungkin peluang utk ak beli sahaja dari ayah dan scara tak langsung akan cover utk tampung perkara2 yg lebih memerlukan pd masa akan datang. Mungkin kancil kurang mampu utk perjalanan jauh seperti ke shah alam tp apa salahnya sebagai permulaan selepas berumah tangga pinjam kereta isteri utk pergi ke rumah mertua. Agak2 setahun dua selepas berumah tangga, mungkin ak boleh kenal pasti di mana kewangan sepatutnya disalurkan dan mungkin boleh beli kereta baru yg boleh digunakan utk jarak jauh perjalanan. Kena bijak merancang soal kewangan agar tidak membebankan org lain. Bak kata rais minggu lepas, duit bnyk, nafsu pun besar. Dan ak nak menambah, ianya bergantung pd kewarasan nafsu tersebut. Baru2 ni pun ak gatal nak beli bola squash baru walhal ade 2 biji yg masih boleh digunakan. Bukan apa…utk simpanan je. Lain kali klau meletup bola tu dek tgn2 yg hayun raket tak igt dahsyat neraka, kan dah memudahkan kerja ak ade simpanan kan? Tp ak tak beli lagi pun.
Ak tak berapa pasti kos kasar utk pernikahan dari mula hingga selesai majlis. Kwn ak kata 5 ribu dah memadai tanpa menitik beratkan adat melayu. Tersenyumlah ak seketika sbb boleh la sgt disegerakan tetapi masalahnya siapa yg akan terima ditolaknya adat melayu?utk menjelaskan hal ni,ak kena berdepan dgn keluarga pihak perempuan dan keluarga ak sendiri. Ak tak percaya dengan kos 5 ribu semua org akan setuju. Kwn ak menambah, kos boleh meningkat dgn meraikan tetamu. Cinta dari hati, bukan atas dasar kasihan. Buat keputusan elok2 sebelum memilih siapa bakal suami sbb die yg akan membimbing kamu dan anak2 di dunia. Dan apabila kamu melihat si suami, kamu akan igt pdNya. Adakah apabila sekarang kamu melihat die, kamu terigt pd Allah? semak semula perasaan kamu pd bakal suami kamu. Semakin mudah pula utk kamu taat pd perintah allah kerana asbabnya suami kamu sendiri. Kamu akan meniru segala perbuatan si suami kerana die adalah model idaman pilihan kamu. Ingatlah, balasan ke atas pengorbanan kamu yg mulia selama ni allah tetap ambil kira. Yakin !!! perempuan yg solehah pasti dapat suami yg soleh.
Sekarang adalah kemuncak entry blog kali ini. Mungkin ak akan habis master di hujung akhir tahun 2012. Kemudian ak akan ikut jemaah 4 bulan. Ak kena bersiap-siap dgn asbab kewangan utk ke india dan Bangladesh. Setibanya ak di malaysia:
1. Ak akan buat permohonan di UMP utk sambung Phd. Mengikat kontrak selama 3 tahun dan jika allah izinkan ak akan terus diserapkan menjd pensyarah di situ. Ak dibenarkan ambil cuti 3 tahun hanya kerana cuti untuk belajar. Ini impian dunia ak. Selama ak belajar, ak akan terima biasiswa setiap bulan. Biasiswa yg ak terima setiap bulan ak akan simpan utk segerakan pernikahan. Target ak kurang daripada 2 tahun. Maksudnya ketika ak berumur 26 tahun, ak dah bersedia bernikah.
2. Jika rancangan pertama tak menjd, ak cuba memohon biasiswa kerajaan. Dari email yg ak dapat baru2 ni, elaun setiap bulan ialah 2 ribu. 2 ribu je??? Mcm tak cukup je…tp insyaallah ak kena gandakan usaha berjimat cermat dan cari inisiatif lain kerja part time.
3. Walaupun berat utk ak sebut perancangan yg satu ni…ak kuburkan niat utk sambung belajar di peringkat phd sampai bila2 oleh kerana ak akan bekerja di industri. Ak tahu komitmen dan kemampuan ak. Sekali ak libatkan diri dlm industri bererti selamat tgl impian dunia ak. Ak cuba utk ikhlas dan betulkan niat utk perkara ni. Pd ak option yg terakhir ni adalah paling mudah. Bila2 masa ak boleh dapatkan cuma ak lebih melihat keburukan dari kebaikan berdasarkan pengalaman kwn2 dan pengalaman ak ketika praktikal dahulu. Masuk kerja pagi mcm biasa, balik lepas magrib. Hari2 menghadap kerja yg sama. Hari2 dgn wajah stress melebihi risaunya jika allah meletakkan kita di neraka. Gaji boleh tggi tapi kena kerja lebih masa. Salah satu sbb kenapa ak belajar tggi2 supaya ak dibayar berdasarkan background of study. Bila mana waktu yg lebih diambil untuk bekerja, scara tak langsung mengurangkan masa utk waktu yg sepatutnya kita baca quran, ibadat2 sunat dan masa berdakwah. Ak faham, mana2 tempat kerja ada stress, tapi jgn lupa kita yg memilih utk mencorakkan kehidupan dunia dan akhirat.
Bagaimana pula dgn tempat tinggal selepas bernikah? Utk hal ini, ak lebih utamakan jarak tempat kerja isteri dgn rumah. Alasan ak mudah, die seorang thabib dan bukan tangungjawab die utk mencari nafkah. Ak tak nak bebankan die. Untuk permulaan, die yg telah mengikat kontrak dgn hospital kerajaan mungkin kerajaan menyediakan kediaman. Mungkin kami boleh tinggal di situ buat sementara waktu sebelum merancang membuat keputusan mukmatad utk membeli rumah kekal. Ak pun tak berapa pasti adakah bakal isteri ak akan sentiasa berpindah-randah oleh sbb kerjaya yg die sendiri pilih. Akan tetapi ak mencadangkan agar die bijak memilih utk jangka masa panjang dan lebih memikirkan suami dan anak2. Tetapi jika kami terpaksa berpindah-randah demi kebaikan bersama oleh kerana situasi kerja yg terlalu membebankan die, ak redha sbb die lebih bijak membuat keputusan berbanding ak. Ak akui kelemahan ak. Ak meletakkan syarat lokasi utk mencari tempat tinggal. Ak lebih utk memilih di sekitar johor bahru. Alasannya terlalu bnyk. Ak anak lelaki sulong dan tanggungjawab ak sgt besar utk menjg mak dan abah. Ak lebih utk menjaga mak sbb abah ade isteri lain dan ak tak boleh tglkan mak berseorangan di rumah. Konflik keluarga dgn abah itu lebih merisaukan ak terhadap mak. Itu ak tak boleh kongsikan di sini. Perlu difahami, abg Irwin bertanggungjawab besar terhadap keluarga pihak perempuan memandangkan die anak lelaki sulong. Harapan ak agar die tahu perkara ni. Walaupun demikian, tak bermakna ak akan terus abaikan keluarga mertua. Ak pun manusia, ade perasaan, boleh dibawa berbincang elok2. Seperti mana rapatnya mak dgn along, mcm tu juga rapatnya bakal isteri ak dgn ibunya.
Sebagai penutup bagi entry kali ini, apa yg paling menarik ak telah lakukan utk mnghiasi iman sepanjang cuti sebulan? Ak menghafal dan mengamalkan doa2 masnun (doa harian). Doa2 yg mudah seperti doa memakai baju, menyikat rambut, melihat cermin, keluar dari rumah dan lain2. Sgt menarik pd ak sbb ia berkait dgn doa sebelum melakukan sesuatu perbuatan agar ak ingat pd allah sepanjang masa.
Thursday, 16 December 2010
berehat di rumah
Assalamualaikum warahmatullah…
Skrg adalah cuti semester dan semester yg baru akan bermula pd 3 januari 2011. Ak hanya menghabiskan waktu cuti di rumah. Rasa terkilan dan berdosa besar pd Allah kerana ak tak berusaha utk ikut jemaah seperti mana rutin ak pd setiap cuti2 semester yg lepas. Menunaikan hak saudara seislam secara berjemaah dan belajar2 utk semakin mengamalkan agama dlm kehidupan. Nisab utk ak ikut jemaah 40 hari mmg tak cukup memandangkan cuti hanya sebulan dan ahli syura johor bahru telah tetapkan pelajar2 hanya boleh ikut jemaah 14 hari dan tak lebih dari tu. Tu pun buat ak tertekan sbb ak nak cukupkan nilai 40 hari tapi akibat yg buruk jika seseorang itu melanggar tertib. Begitu juga tertib utk solat subuh ialah 2 rakaat. Allah tetapkan nilai tersebut dan kita selaku hamba utk wajib taat. Jika kita nak juga lakukan solat subuh dgn 5 rakaat sebagai contoh, maka solat kita tak sah walau hebat mana sekalipun khusyuk kita. Tertib adalah tertib. Ada ganjaran di sebalik patuh pd tertib dan ada keburukan di sebalik melanggar tertib.
Sepanjang semester 1 di utm, ak bertungkus lumus utk mencapai target yang maksimum tambahan pula bersaing dengan pelajar2 yg bijak. Kualiti kejuruteraan mekanikal di universiti tersebut telah diakui umum, malah bnyk industri yg inginkan pelajar2 utm sebagai staff mereka sendiri, dihiasi pula dengan pensyarah2 yg hebat dari aspek pengalaman industri dan kajian dan sebagai buktinya begitu ramai pelajar dari negara luar yg mengikuti pengajian di sini bermula dari peringkat di ijazah sarjana. Waktu makan tak menentu dan pernah juga terlupa utk makan dlm sehari. Ak menuntut ilmu kerana Allah dan ak cuba utk menjaga amal ibadat harian. Ak cuba menunaikan hak saudara utk berdakwah setiap selepas solat maghrib. Sebagai pelajar, menuntut ilmu mmg yg pertama tetapi dakwah bukan yg kedua. Pada mendapat ak yg dhaif, sibuk seorang pelajar adalah bergantung sebagaimana bijaknya dia merancang dan membahagikan masa. Ada masa utk ziarah kawan2, utk bersama keluarga, masa utk bersukan dan masa yg digunakan utk perkara2 yg menurut kehendak Allah. Walaupun ada kalanya ak sendiri gagal disebabkan mengisi masa rehat dgn menonton film di laptop. “Demi masa, sesungguhnya manusia sentiasa berada dlm kerugian melainkan org2 yg beriman dan beramal soleh”. Mujahadahnya ak menghadapi liku2 test dan exam walaupun hanya 5 subjek yg ak ambil. Adakah susah di peringkat sarjana? Semakin lama kita menghadapi peringkat pembelajaran dari upsr, pmr, spm, matrikulasi, ijazah sarjana dan seterusnya, semakin perlunya disiplin dlm pembelajaran dan usaha yg bnyk serta gigih. Dan paling penting pada ak ialah dakwah, quran, ibadat sunat dan tahajud (terapi) wajib seiring. Menerusi perantaraan amal ibadat, kita dengan mudah menarik khazanah Allah yg maha luas.
Kau tak akan menyesal dan bersedih hati apabila gagal walaupun kau telah berusaha sebaik mungkin. Kau sudah ikhtiar sebagaimana kehendak Allah utk mencapai keperluan dunia dan nikmat akhirat. Allah tetap ambil kira dengan ikhtiar tersebut. Selalu ak igtkan pd diri yg selalu lemah, usaha adalah dari insan sementara kejayaan atau kegagalan akan datang itu adalah dari Allah. Utk perkara dunia, usaha yg kita cipta langsung tiada kaitan dengan kejayaan atau kegagalan yg akan diberi oleh Allah.
Dengan perantaraan amal, kau tak akan bangga dgn pencapaian dunia yg sementara. Harta, pangkat dan keturunan hanya utk selama kita hidup di dunia sekitar 60-70 tahun sahaja. Ianya tak kekal utk dibawa ke akhirat. Cuma allah tetap akan hisab dengan segala yg kita pinjamkan dari Allah. Bagaimana ak menggunakan kereta utk semakin taat pd Allah, bagaimana ak gunakan duit utk agama Allah, bagaimana ak gunakan level master utk tarik manusia bersama-sama melakukan dakwah dan sebagainya. Kembangkan fikiran kita utk keluar dari kesempitan dunia yg sementara kepada akhirat yg tiada penghujungnya.
Keputusan peperiksaan sudah dipapirkan di papan kenyataan di fakulti. Dalam kelas aku ada 6 org pelajar local dan yg lain dari iran, Nigeria dan india. Ak dapat 3.4, wan 3.5, fara 3.7, zul 3.9 dan lagi 2 org sudah diberhentikan dari pengajian sbb keputusan peperiksaan yg tidak menepati kretiria university. Bila ak berehat di rumah skrg, rasa benar2 nak berehat.
Monday, 15 November 2010
bawa agama dlm kehidupan
Dah sekian lama tak coretkan sesuatu yg berguna dlm blog utk dikongsikan. Bnyk hal nak cite tp tak semua hal boleh di kongsikan. Antara ak dan allah. Semoga asbab dakwah, allah tak tiraikan aib ak di padang mashsyar nanti. Naik turun iman, malu dgn allah bila tak jaga amal. Malu sgt2 sampaikan berani utk tak menangis mengaku kesilapan depan pencipta sendiri. Hamba yg zalim pada Tuannya !
Purata kehidupan 60-70 tahun yg tiada jaminan berkat dari allah utk sara kehidupan akhirat yg tiada penghujungnya....mampu ke? Adakah berkat kehidupan dunia ak? Adakah ak sudah amalkan sunnah nabi saw dlm kehidupan?
Selalu ak fikirkan jika suatu hari nanti keperluan dunia menyebabkan ak tak mampu jg amal. Oleh kerana terlalu sibuk, ak lebih yakin selain allah utk menyempurnakan keperluan ak. Lebih yakin dgn belajar bersungguh-sungguh sehingga penat lalu tak mampu jg amal lebih berjaya berbanding beritahu allah bahawa ak sudah ikhtiar, kejayaan atau kegagalan akan datang, terpulang pd allah. Menggunakan alasan menuntut ilmu utk melepaskan diri utk dari menjg amal. Bila keyakinan yg rosak mcm ni berterusan, alamat nahas ak di alam barzakh nanti.
Abg hafiz, senior ak dlm jemaah nasihatkan berkata, "tak kesah apa keperluan kamu satu hari nanti, walau sibuk mcm mane sekalipun, yg pentingnya bagaimana kamu nak amalkan agama dlm kehidupan." Semua org tahu tapi tak ramai yg faham termasuk ak. Apabila azan sedang dilaungkan, apakah perintah allah ketika tu? apakah yg lebih besar selain daripada menyahut seruan allah? Ketika masuk tandas, kenapa masuk guna kaki kanan? Kenapa disyariatkan dlm tandas pun letak tuala atas kepala? Selepas/Sebelum amik wuduk pun tak baca doa. Makan kat umah pun di meja walhal sepatutnya di lantai. Tak segan makan/minum sambil berdiri apatah lagi di khalayak ramai. Nak tido pun tak amik wuduk. Nak pakai serban ketika solat pun bnyk alasan. Ade beza antara kehidupan islam dan bukan islam. Natijah sunnah itu sendiri membezakan kita dgn agama lain. Itu semua rutin harian manusia biasa, malah bnyk lagi. Oleh kerana kecundang sementara mendidik nafsu, sunnah letak kemas2 di tepi. Lebih yakin ada yg lebih besar dari sunnah nabi saw. Keyakinan adalah iman. Iman sepertimana yg allah mahu, bukan iman yg dicorak mengikut citarasa manusia ! "Segan nak pakai kayu sugi, nampak kolot. Pkai berus gigi lagi yakin bersih." Boleh pkai berus gigi, lepas tu pkai kayu sugi skadar syarat. Seorang muslim akan tewas buat selamanya jika perlekehkan sunnah. Semoga allah pelihara saya dan kamu...
Sunday, 25 July 2010
cantik serban you
Terigt kata prof dlm perhimpunan jemaah tabligh utm di masjid taman universiti pagi td. Nasihatnya berkenaan fitnah wanita,"Cantiklah serban u...i suuuka sgt". Semua org ketawa. Ak yg ngtk pun turut sama ketawa. Kita berdakwah bukan kerana mencari populariti tapi kerana ia sebahagian tanggungjawab dan punca kemuliaan umat baginda saw.
Oh bulan...
Hari ni dah masuk minggu ke-2 ak di UTM. Org kata...belajar ni semakin tinggi, semakin mudah. Pd ak mudah dan sukar tetap ada. Mudahnya sbb jadual tak padat dan terlalu bnyk masa utk study self dan terlalu independent. No quizes dan personal assignmnet. Malangnya...ak tak pandai gi library meminjam buku tapi mmg tak pernah pinjam buku dan have no skills to select title buku dan author. Lecturer pun alhmdlh...tak sama dgn cara kesemua lecturer masa ak ambil dgree dulu. They expect more new information from us. Ak basic engnring pun terkial-kial. Memandangkan pangkat lecturer kat sini Dr, profesor madya dan profesor...berkopiah plus dahi berbekas sujud, jadi dah tak boleh nak 'kencing' mcm ak buat masa dgree lepas. Sorang abg tu, azlan bgtau ak mlm td dlm kelas..."mechanical manufacturing terbaik di malaysia ialah di UTM". Then ak ckp dlm hati "padan la ramai sgt pelajar kena tendang kat sini". Dlm kelas ade la sekitar 30 org. Separuh malaysian, iranian rmai gak, south china, pure indian ade sorang dan Nigeria pun sorang. Ak rapat dgn gopal org pure indian tu sbb nak fasihkan english dgn die. Jujurnya ak masih terpinga-pinga dan pastinya ak pelajar paling tak pandai among those genius students. Masih tak nampak cahaya di malam yg sungguh gelap. Asyik tersepak batu dan dahan kering. Hampir2 nak jatuh. Tak nak jatuh, nanti qurtah ak kotor. Moga2...Allah hantarkan sebiji bulan utk menerangi jalan yg ak lalui sorang2 ni.
Monday, 28 June 2010
Dimurahkan rezeki
Sunday, 27 June 2010
Semalam
Iman yazid wa yankus itu perkara biasa.Cuma yg penting pd ak,bila iman dah meningkat sedikit,cuba utk pelihara dgn menjaga anggota pancaindera drpd melakukan kemungkaran dan bila iman menurun sedikit,push utk berada dlm suasana agama dgn bergaul bersama org2 alim agama yg menjg amal ibadat dan melakukan dkwh sbb dgn demikian tempias iman mereka menjd asbab tarbiah dr Allah utk kita yg lemah imannya.
Rutin mingguan hari sabtu ialah malam markas.Bertuahnya Allah telah uji kesungguhan ak apabila auto lock pintu kete bahagian pemandu tak boleh dibuka.Kete dah mcm tu terdetik pula utk ak buat alasan tak ke masjid solat asar.Adakah ak ke masjid kemudian?itu tggjwb ak sebagai lelaki.
Dgn krenah kete yg sudah tua mcm tu,ak nak buat alasan utk tak pergi ke mlm markas.Kete tua yg Allah beri sbgai asbab permudahkan sedikit urusan dunia dan akhirat.Ak muhasabah sekejap,fikir ak ke atas akhirat semakin rosak hari demi hari jika tiada hubungan dgn markas.Esok lusa ak tak pasti Allah izinkan atau tidak.Baik disegerakan.Adakah ak pergi ke mlm maskas?itu tggjwb ak sebagai karkun.Sampai di sana...sejuk hati memandang suasana umat islam. Lelaki dgn pkaian putih berkopiah serta serban.Wajah2 yg tawaduk buat ak menilai semula adakah ak seperti mereka?dgn kanak2 hafiz yg suci dan bercahaya wajahnya kesan drpd kalam Allah yg maha hebat.Org2 tua bertongkat yg dipimpin anak2 muda seusia ak menunjukkan kasih sayang mereka.Manusia bercerita hebatnya kekuasaan Allah sesama mereka.Tak kurang mereka yg berbincang tntg hukum ahkam dgn golongan ulamak. Semua ni seakan-akan ak berada di zaman masjid nabawi.Inilah yg ak maksudkan suasana agama yg manusia kena kejar jika mencari asbab menyelamatkan iman.Ak datang sorang2 dan Allah masih tak beri hidayah pd kwn2 lain.Andai kwn2 ak tahu nilai semua ni,pasti mereka tglkan dunia buat seketika demi akhirat yg kekal abadi.Percayalah...ada kesan pd iman setelah pulang ke rumah nanti.Mlm td ada gerhana bulan?ak hanya tahu apabila ulamak mengajak sama solat gerhana bulan.Solat sunat 2 rakaat dan setiap rakaat ada 2 rukuk.Selepas itu khutbah ringkas.Inilah jemaah tabligh..sesiapa sahaja boleh beri khutbah spontan depan khalayak rmai.Selepas tu, bayan seperti biasa.Dlm masa 30 minit,ak hanya dpt 3 point.Pertama, kisah hebatnya iman Abdullah bin Huzaifah yg tak terkesan dgn kebendaan dunia.Khalifah Omar telah menghantar angkatan tentera diketuai oleh Abdullah bin Huzaifah ke sebuah negara utk mengislamkan seorang raja.Raja berkenaan ingkar dan telah menangkap Abdullah bin Huzaifah dan tenteranya.Kemudian ditawarkan pula separuh drpd kerajaan agar Abdullah meninggalkan usaha dakwah mengajak menusia kepada kalimah lailahaillallah.Namun sedikit pun abdullah tak terkesan.Dunia dipijak di bawah tapak kaki kiri, kaki kanan sudah masuk syurga.Itu lah org beriman ! hebatnya iman beliau dan tenteranya.Raja tersebut sgt marah lalu seorang demi seorang tentara Abdullah bin Huzaifah dimasukkan ke dlm kawah yg mendidih air panas.Seorang demi seorang syahid bertemu Allah yg maha agung.Abdullah hanya tersenyum sendiri.Raja yg zalim sgt pelik lalu bertanya,"Kenapa kau senyum? kau suka tentera kau mati dgn mudah di tangan ak?"lalu Abdullah berkata,"Ak tersenyum kerana seorang demi seorang kwn2ku telah berjaya di sisi Allah tetapi masih belum sampai giliranku".Lalu Abdullah bin Huzaifah dilepaskan dan beliau memberi segala laporan ke atas apa yg berlaku kepada khalifah Omar di hadapan semua penduduk di situ.Omar sungguh berbangga lantas menyuruh semua org memberi penghormatan kepada Abdullah bin Huzaifah dgn mencium dahi beliau lalu Omar berkata,"Inilah dia manusia yg tidak terkesan dgn dunia".
Permulaan bayan yg cantik oleh pembayan,"Kita kena bnyk kan istigfar terhadap dosa2 lampau.Kita juga kena perbanyakkan istigfar kerana terlupa istigfar terhadap dosa2 lampau".
Point ke-3 berkisar tntg nabi saw yg miskin.Nabi saw wafat tanpa meninggalkan sebarang harta kebendaan.Kebanyakan golongan nabi berasal dr golongan miskin.Org2 yg dihisab dan dimasukkan ke syurga terlebih dahulu adalah di kalangan org2 miskin sbb itu lah antara 10 sahabat nabi saw yg sudah dijanjikan syurga, Abdul Rahman bin Auf adalah yg terakhir gilirannya masuk ke syurga kerana dia seorang yg hartawan.Iman2 yg hebat dari golongan miskin kerana mereka sudah terbiasa dgn penekanan terhadap nafsu.Khalifah Abu Bakar juga menginfakkan segala hartanya sehingga miskin.khalifah omar dgn pakaian yg bertampal-tampal tetapi kemas.Saidatina Khadijah yg juga hartawan akhirnya menginfakkan segala hartanya di jalan Allah.Ak tak faham apa yg ak tulis...